Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemimpin Umno-BN Pengkhianat Melayu

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) didakwa banyak melakukan salah urus dan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit.
Penyelewengan berkenaan didedahkan oleh Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Parti Islam Se-Malaysia Pusat, Mazlan Aliman di majlis Himpunan Warga Felcra di sini.
Di dalam himpunan berkenaan beliau turut  mendakwa isu kepincangan di dalam Felcra jauh lebih buruk dibandingkan dengan pendedahan di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Mazlan telah  mengemukakan sebanyak 24 isu penyelewengan Felcra kepada hadirin di himpunan berkenaan yang telah dikenalpasti melalui penyiasatan sendiri bersama aduan warga Felcra yang melibatkan berbillion ringgit.
"Tidak lama dahulu kita menerima sebuah rombongan daripada Sabah dan sarawak yang datang memberikan aduan kepada kami. Daripada apa yang diceritakan kita dapati masalah tanah di Sabah dan Sarawak jauh lebih dashyat daripada apa yang berlaku di Semenanjung.
"Masalah utama di sabah dan sarawak adalah kerana tanah adat. Berpuluh tahun masyarakat pribumi Sabah dan sarawak bercucuk tanam dan tinggal di tanah berkenaan, kerajaan bertindak menggunakan agensi kerajaan untuk memusnahkan tanaman, membakar rumah kediaman semata-mata mahu mereka keluar daripada tanah tersebut," jelas beliau.
Menurutnya lagi, beliau dan warga Sabah serta Sarawak telah ke Parlimen berjumpa para pemimpin Umno-BN dan Pakatan Rakyat, termasuk Speaker Dewan Rakyat bagi memberitahu mereka keadaan daif yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat di sana.
Beliau menambah, umumnya kini hangat diperkatakan Umno-BN mahu Umno dan PAS bersatu bagi menjamin masa depan masyarakat Melayu di Malaysia dan menyelamatkan mereka daripada kaum Cina.
Tetapi, tambah beliau lagi masalah utama disini, Felda dan Felcra bukannya dipimpin oleh Cina, pemimpin kedua-duanya adalah Melayu. Mereka inilah yang menjadi penyamun tarbus melingkupkan mas depan masyarakat Melayu, bukan Cina.
"Yang menjadi pengkhianat, melingkupkan masyarakat Melayu adalah pemimpin Melayu Umno-BN itu sendiri," tegas Mazlan lagi.

0 Komen pengunjong :