Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Soi Lek ooiiii, nak marah Umno jangan babitkan PAS !!!!

Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu — kenyataan yang dijangka mencetuskan kontroversi dan reaksi daripada parti-parti dan pertubuhan Melayu. Malah beliau mendakwa Malaysia juga terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.
Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”
“Apabila Umno dan PAS menggunakan agama untuk memperkukuhkan pengaruh mereka, kita boleh melihat beberapa dasar bukan progresif dibuat dan negara terperangkap sebagai negara berpendapatan tengah lebih 10 tahun,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen MCA Kedah di Alor Setar hari ini.
Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini.
Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Kata Dr Chua, beliau menimbulkan perkara ini sekarang agar masyarakat Cina boleh “berfikir tentang perkara tersebut.”
Malah beliau juga menekankan bahawa meskipun PAS menguasai kerajaan persekutuan satu hari kelak, ia belum pasti akan menyediakan kerajaan yang bebas rasuah kerana beberapa negara yang amalkan rasuah mempunyai penduduk majoriti Islam.
“Jangan terlalu optimistik bahawa sebaik sahaja PAS memerintah, negara akan bebas daripada rasuah dan masalah-masalah lain,” katanya.
Presiden MCA menjustifikasikan kenyataannya dengan merujuk kepada pandangan blogger Syed Akbar Ali berjudul “Malaysia and the Club of Doom” yang mengetengahkan pandangan kritik mengenai negara-negara Islam.
Buku itu menekankan bahawa negara-negara Islam lazimnya menekankan soal agama berbanding dengan amalan demokratik.
“Kami mendapati Umno menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu. Kami membangkitkan isu ini kerana kami mahu masyarakat Cina memikirkan perkara ini,” katanya.
Kenyaatan lantang Dr Chua ini kelihatan mahu menekankan bahawa MCA, sebagai parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional, tidak harus dianggap sebagai rakan kongsi junior dalam ikatan 13 komponen itu.
Baru-baru ini MCA menjadi sasaran kritikan berhubung pendirian mereka dalam isu penggunaan kalimah “Allah”.
Selain itu The Malaysian Insider juga difahamkan wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin MCA ekoran pendakwaan terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun pembantu Dr Chua memberitahu The Malaysian Insider petang ini, presiden itu hanya cuba untuk mengingatkan masyarakat Cina akan kesan menyokong PAS.
Pegawai itu menjelaskan bahawa Dr Chua mengetengahkan perkara itu untuk mengatakan bahawa Umno tiada pilihan kecuali menekankan soal agama dalam usaha bersaing dengan PAS.

0 Komen pengunjong :