Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor Cabar SPRM Tempatkan Pegawai Di KSSB


SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawainya di dalam pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi memantau aktiviti harian syarikat tersebut.
Abdul Khalid berkata dengan cara ini SPRM boleh memantau semua aktiviti dan urusniaga yang berlaku secara lebih dekat dan memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku.
"Keputusan ini adalah langkah untuk menunjukkan kepada SPRM dan mereka yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kakitangan KSSB bahawa operasi dan urusan KSSB adalah telus tanpa perlu menyembunyikan apa-apa," kata beliau selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Tambah beliau, dua kekosongan jawatan pengarah di dalam KSSB juga akan diiklankan dalam media tempatan untuk mencerminkan ketelusan, prinsip terbuka dan tidak berat sebelah oleh kerajaan negeri.
Jawatan pengarah KSSB hendaklah dipegang oleh individu yang bebas daripada pengaruh politik serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang perlombongan disamping menjadi wakil kerajaan negeri menguruskan KSSB.
"Selain itu, kita juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas untuk mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya maklumat kewangan KSSB dapat diketahui awam, ini juga satu usaha menjamin tiada unsur salah urus dan amalan rasuah seperti didakwa oleh pihak tertentu.
"Kerajaan negeri percaya tiada lagi syarikat melombong pasir di negara ini mengambil langkah seperti yang diambil oleh KSSB, dan saya percaya KSSB merupakan syarikat pertama yang mengamalkan prinsip telus dan terbuka," kata Abdul Khalid lagi.
Menteri Besar juga mencabar semua kerajaan negeri di bawah Umno-Barisan Nasional mengambil langkah sama terhadap syarikat perlombongan pasir di Perak, Johor dan Negeri Sembilan di mana operasi perlombongan pasir amat diragui ketelusannya tetapi sengaja tidak diberi liputan oleh media arus perdana.
Beliau juga mengumumkan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif baru KSSB, Wan Abdul Halim Wan Ismail berkuatkuasa 26 Julai lalu. 
Wan Abdul Halim mempunyai kelulusan ijazah perlombongan dari University of London serta berpengalaman luas dalam bidang perlombongan yang melibatkan pasir, galian, timah, besi dan galian emas.

0 Komen pengunjong :