Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Protes anti-ISA: Mangsa adu pada Suhakam

Mangsa-mangsa yang mendakwa mereka dikasari oleh polis ketika acara nyalaan lilin bagi menyambut ulangtahun ke-50 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos lalu, hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Turut serta mengiringi mangsa adalah penganjur acara itu, Gerakan Mansuhkan Isa (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Aduan itu berhubung salahguna kuasa oleh pasukan polis dan pasukan Light Strike Force (LSF).

Aduan mereka hari ini didengar Pesuruhjaya baru Suhakam, Muhammad Sha'aniAbdullah.

Pada himpunan serentak di seluruh negara pada 1 Ogos lalu, 39 orang ditahan dengan alasan menghadiri perhimpunan awam. Sebahagian besar mereka itu ditangkap di Petaling Jaya manakala selebihnya di Kelantan dan Pulau Pinang.
Polis juga didakwa menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan himpunan secara aman itu biarpun ia turut dipantau oleh Majlis Peguam Malaysia dan Suhakam sendiri.

"Pemenang sebenar pencabulan hak asasi pada hari tersebut adalah OCPD Petaling Jaya, ASP Arjunaidi Mohamad," kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Arjunaidi katanya, langsung tidak memberi masa yang cukup untuk pihak penganjur dan peserta bersurai secara aman.

Malah lebih keterlaluan, beliau juga menggunakan LSF untuk menyuraikan perhimpunan.

Polis juga kata Syed Ibrahim, seolah-olah menghina Suhakam apabila langsung tidak menghormati pemantau-pemantau Suhakam yang hadir.

"Ini satu penghinaan kepada Suhakam, sebuah badan yang diiktiraf kerajaan," katanya lagi.

Sehubungan itu GMI dan Suaram mahu penyiasatan terbuka terhadap tindakan ganas melampau polis 1 Ogos lalu.

Mereka menuntut laporan akhir siasatan diserah kepada kerajaan agar anggota polis yang terlibat diambil tindakan disiplin.

Bagi tujuan mengelak aktivis dan pendukung hak asasi terus menjadi mangsa polis, mereka juga mencadangkan Bahagian Pelindung Hak Asasi Suhakam diaktifkan.

"Kami sering menjadi mangsa, mereka target untuk tangkap kami agar tidak meneruskan himpunan.

"Kami kemungkinan dicas dan tidak boleh hadiri mana-mana himpunan lagi selepas ini," kata wakil Suaram, Nalini Elumalai yang juga mangsa tangkapan.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah turut mengakui badan itu merasa dihina oleh pihak berkuasa dengan beberapa pencabulan yang dibuat ke atas perhimpunan aman.

"Kami dihina, dipandang rendah pihak berkuasa, tapi ini satu cabaran buat kami untuk terus membuat lebih baik, ini perjuangan kita bersama" katanya.

Turut dikesali tindakan pihak berkuasa memperalat media sejurus satu-satu himpunan dengan memberi gambaran perhimpunan tersebut satu jenayah.

Namun beliau turut memberi komitmen bahawa lebih ramai Pesuruhjaya Suhakam akan turun bersama pada setiap program himpunan berkaitan Hak Asasi agar ianya lebih memberi kesan.

0 Komen pengunjong :