Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS: Media upahan Umno main isu peniaga Komtar

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP-PP) menganggap laporan yang berkaitan isu peniaga Melayu di bangunan Komtar sebagai tidak lebih sebagai politik murahan Umno/BN untuk meraih sokongan pengundi Melayu di negeri itu.

Menurutnya, rakyat termasuk di Pulau Pinang sudah muak dengan perangai kepimpinan Umno/BN, selain cuba mengalihkan isu kenaikan harga barang yang 'menjerut leher' peniaga dan pembeli dalam menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal.

Ketuanya, Yusni Mat Piah menuduh akhbar upahan Umno/BN telah mensensasikan berita tersebut kononnya Pulau Pinang di Pakatan Rakyat berlaku zalim kepada peniaga yang rata-ratanya Melayu.

Sedangkan, tembahnya, hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mewakili Pemuda Pakatan dengan ADUN Komtar dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan:

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat 3 Komtar meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat 4 untuk Bazar Ramadhan, iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.


3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya.

"Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya kepada PDC.

"Tetapi ini tidak diberitakan, sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga tanpa belas ikhsan," tambah Yusni dalam satu kenyataan hari ini.

DPP-PP, katanya, merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan Umno/BN yang didakwanya saban hari menyiarkan berita berunsurkan fitnah

Sebelum ini, akhbar tersebut menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah dan kampung Melayu diroboh terutama isu Kampung Jalan Pokok Assam dan secara kosisten melabelkan kerajaan negeri sebagai anti-Melayu. 

"Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media Pakatan? 

"Inilah demokrasi ciptaan Umno/BN yang terus sombong walaupun sedang 'nazak," katanya.

0 Komen pengunjong :