Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS sokong saranan presiden Gerakan buang politik negatif

Ustaz Idris Ahmad 5 PETALING JAYA: PAS menyambut baik cadangan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang  menasihati parti politik supaya membuang budaya politik negatif  dan  mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata,  menteri di jabatan perdana menteri itu  perlu membawa ide tersebut ke majlis teringgi BN supaya anggota BN menghormati keputusan rakyat dalam negara demokrasi memilih parti-parti yang bertanding.
Katanya, PAS mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia.

"Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut  kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan.
"Adat perlawanan ada pihak kalah, dan pihak menang. Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam  Dr Koh menasihati parti politik supaya "mengotakan apa yang dikata" dan tidak mengamalkan politik negatif seperti tidak sudah-sudah ingin menjatuhkan pesaing.
"Kita perlu kembali kepada amalan politik yang positif dan sihat. Politik yang penuh dengan sopan santun, bukan politik yang penuh dengan kekasaran," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan tahunan perhubungan Gerakan peringkat Wilayah Persekutuan.
PAS, kata Idris  menasihatkan Umno dan BN belajarlah menjadi pembangkang  yang baik, seperti yang PAS alami.
Katanya, Pemimpin BN perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik.
"PAS pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang  keluar daripada BN. PAS pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah,  setelah memerintah 18 tahun sejak 1959. 
"Berkat kesabaran maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini. PAS pernah menang di Terengganu 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang 1999 dan kalah 2004," katanya.

0 Komen pengunjong :