Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

OCPD Petaling Jaya Didesak Mohon Maaf Kasari Peserta Perhimpunan Anti Isa

SHAH ALAM 7 Ogos - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan ganas yang dilakukan pihak polis menangkap 29 individu dan menyuraikan peserta perhimpunan aman anti ISA di Petaling Jaya Ahad lalu.
Suaram berpendapat, sebagai pegawai yang bertanggungjawab, tindakan ganas polis atas arahan Arjuanaidi itu sangat tidak profesional dan tidak wajar disebabkan himpunan itu mempunyai permit yang sah.
"Tanpa mengendahkan permintaan penganjur untuk berunding syarat untuk acara memasang lilin itu dan memberi masa kepada hadirin untuk bersurai secara aman, anda mengarahkan anggota anda bertindak secara keras ke atas peserta menyebabkan keadaan huru-hara dan ketakutan. Dalam keangkuhan, anda malah menafikan permit yang diberi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada penganjur," tegas Suaram dalam surat terbukanya kepada OCPD berkenaan.
Menurut Suaram, polis berlaku ganas dan kejam apabila menceroboh masuk untuk menahan peserta yang hadir acara memasang lilin di dataran Padang Timur, MBPJ itu.
Mereka yang ditahan termasuk peserta wanita ditolak, dipukul dan diheret serta secara dimaki hamun oleh pegawai polis.
"Menggunakan kekerasan keterlaluan sedemikian amat tidak perlu kerana mereka yang ditahan akan bekerjasama bila diberitahu bahawa mereka telah ditahan. Anda mempraktikkan kuasa anda secara arbitrari dan oleh itu, anda dipersalahkan atas pencabulan hak asasi yang berlaku pada malam itu," Suaram lagi.
Arjunaidi diselar kerana menggunakan taktik intimidasi seperti mengarahkan penggunaan trak pancutan dan Unit Pasukan Simpanan (FRU) untuk menyuraikan peserta di hadapan ibu pejabat polis tersebut yang berkumpul kerana menunjukkan solidariti kepada rakan mereka yang telah ditahan.
Suaram menganggap tindakan itu sebagai ugutan paling dahsyat termasuk memaksa peguam yang mewakili mereka yang ditahan memberi kenyataan saksi berasingan.
"Kami mengutuk pencabulan terang-terangan terhadap hak mendapatkan  peguam dan hak peguam mewakili pelanggan mereka," tegas kenyataan itu.
Menurut Suaram, walaupun  Seksyen 27 Akta Polis memperuntukkan polis dengan kuasa arbitrari untuk tidak membenarkan perhimpunan awam, peruntukan itu bercanggah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan awam.
"Sebagai OCPD, anda seharusnya merasa malu kerana menjadi satu contoh buruk sebagai seorang pemimpin kepada anggota polis yang lebih muda dan lebih rendah pangkat daripada anda.
"Anda telah menunnukkan teladan bukan sahaja kepada pegawai anda tetapi juga rakyat Malaysia bahawa anda berlatih mengendalikan keselamatan awam dengan menimbulkan ketakutan dan keganasan.
"Disebabkan di atas, Suaram menuntut  anda meminta maaf secara terbuka kepada peserta perhimpunan nyalaan lilin, mereka yang didera oleh pegawai anda dan peguam yang anda gertak. Kami juga menggesa anda tidak mendakwa mereka yang ditahan kerana mereka hanya mempraktikkan hak perlembagaan dengan memasang lilin secara aman," ujar Suaram.

0 Komen pengunjong :