Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sokong siasat pembelian 38 unit tren elektrik : Ong Tee Keat

KUALA LUMPUR, 6 Ogos —Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian 38 unit tren elektrik (EMU) dari China.
Bagaimanapun, Ong berkata SPRM masih belum lagi menghubungi beliau berhubung pembelian EMU yang dikatakan harganya lebih mahal sehingga mencecah setengah bilion ringgit.
“Sebenarnya, sama ada ia EMU atau perolehan lain, saya mengalu-alukan sebarang siasatan oleh SPRM. Ia adalah tugas badan itu untuk menyiasat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ong, merupakan Menteri Pengangkutan ketika pembelian itu dibuat dan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha selepas rombakan kabinet dua bulan lepas, berkata beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana rundingan penentuan harga dan rundingan spesifikasi tender.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyatakan SPRM telah memulakan siasatan berhubung pembelian EMU enam gerabak membabitkan kos RM1.6 bilion selepas Jawatankuasa KIra-Kira Awam (PAC) menyerahkan laporan kepada suruhanjaya itu.
Bekas presiden MCA itu menjelaskan keputusan untuk membeli EMU tersebut bukan ditentukan oleh Kementerian Pengangkutan kerana keputusan akhir dibuat oleh Kementerian Kewangan dan spesifikasi ditetapkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menjelaskan peranannya dalam perkara itu, Ong berkata selaku Menteri Pengangkutan, beliau bertindak selaku menteri yang mengetuai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar, di mana beliau menumpukan pada usaha-usaha untuk meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam dalam tempoh masa tertentu.
“Sekretariat NKRA telah menetapkan sasaran untuk tren itu digunakan pada suku pertama 2012. EMU ini perlu ditempah kerana ia memerlukan tempoh antara dua hingga tiga tahun untuk setiap unit disiapkan,” katanya.
Tambahan pula, Ong berkata berikutan permohonan meminta tren itu segera disiapkan dan EMU itu perlu dibina berdasarkan spesifikasi KTMB, mereka terpaksa membeli unit itu pada harga tinggi.
Ong juga menafikan harga pembelian 38 EMU itu tidak termasuk pakej menyelenggara, membaiki dan membaik pulih.
“Adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa ia tidak termasuk jadual penyelenggaraan. Ini adalah salah satu isu yang dibangkitkan...Ini adalah salah satu aspek yang saya, secara peribadi, kaji.
“Saya tidak mempunyai niat untuk bertindak selaku jurucakap Kementerian Pengangkutan atau agensi-agensi lain, tetapi berdasarkan suara hati saya untuk menyuarakan kebimbangan saya mengenai perkara itu.
“Adalah menjadi satu kesalahan dari segi moral untuk membenarkan perkara yang salah berlaku,” katanya. — Bernama

0 Komen pengunjong :