Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Ambil "Cuti" Mengejut Timbulkan Spekulasi Tarikh PRU-13

Langkah tergesa-gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti ke luar negara bermula 28 Julai lalu sehingga 10 Ogos depan menimbulkan pelbagai spekulasi andaian menarik.
Desas desus di kalangan pimpinan Umno ialah Najib bercuti ke luar negara kerana mahu berbincang secara sulit bersama pasukan perancang strategi beliau mengenai tarikh sesuai pengumuman pilihan raya umum ke-13 yang diuar-uarkan tahun ini.
Firma komunikasi antarabangsa pro-Zionis Israel, Apco Worldwide dikatakan memainkan peranan besar menasihati Najib bagaimana memenangi PRU-13.
Pun begitu, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pemergian Najib secara mendadak untuk "bercuti" menunjukkan Perdana Menteri berada dalam keadaan tertekan.
"Ada beberapa faktor besar yang menyebabkan Najib ke luar negara. Dua faktor yang penting yang amat memeningkan kepala PM ialah kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah masuk fasa yang amat kritikal yang mendedahkan segala kepincangan kes ini.
"Penyiasatan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis juga menjadi faktor utama Najib kini amat tertekan kerana beliau tidak ada bidang kuasa untuk menghalang dan menutup penyiasatan sekiranya kes yang sama diadili di Malaysia," jelas Azan kepada Suara Keadilan.
Beliau  berkata skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang yang membabitkan pendakwaan ke atas bekas Presiden MCA dan juga mantan anggita Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik serta isu kejatuhan paling teruk pelaburan langsung asing sejak tempoh 20 tahun menambahkan tekanan kepada Najib.
"Najib cuba tiru stail Dr Mahathir, bila ada sahaja skandal besar yang beliau tidak mampu berdepan atau menjawab kepada persoalan yang bakal ditimbulkan rakyat, dia 'cabut' awal-awal lagi. Beginilah cara pemimpin Umno-BN menyelesaikan masalah negara - tinggalkan negara dalam keadaan terumbang-ambing dan serahkan kepada timbalan untuk menghadapi kemarahan rakyat," kata beliau lagi.
Menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri pada 28 Julai lalu Najib akan bercuti ke luar negara mulai tarikh tersebut hingga 10 Ogos.
Kenyataan itu juga memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Azan mempertikaikan protokol kerajaan yang tidak digunakan oleh Najib apabila seseorang Perdana Menteri itu ingin mengambil cuti.
"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri mesti mengumumkan rancangan cuti beliau enam bulan lebih awal tetapi Najib buat cara yang amat tergesa-gesa. Apa yang beliau nak kejar sehingga membuat keputusan meninggalkan pentadbiran negara dalam keadaan terburu-buru?" tanya Aza

0 Komen pengunjong :