Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB: Isu protokol diraja selesai, kritikan Umno tidak relevan

BANGI, 7 Ogos — Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan pentadbirannya telah menyelesaikan isu berhubung keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Festival Lagu Islam di Shah Alam 4 Julai lalu, di mana Sultan Selangor dan kebanyakan Exco turut tidak dimaklumkan. “Pegawai-pegawai protokol Selangor telah pun menemui pegawai-pegawai Istana,” kata Menteri Besar Selangor kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.
Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.
Noh yang ditemui pemberita selepas ceramah program Selamatkan Selangor Darul Ehsan malam tadi juga berpendapat Menteri Besar Selangor sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.
Khalid tidak mahu mengulas lanjut isu berkenaan meskipun dikritik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan juga Noh.
Dalam reaksinya hari ini, Khalid mengetepikan kritikan-kritikan mereka.
“Ia (kritikan mereka) tidak relevan,” kata Khalid.
Khalid menekankan, Tourism Selangor bertanggungjawab atas kekecohan yang tercetus itu.
“Mereka telah diminta melihat (apa yang telah berlaku) dan mengambil langkah untuk membetulkannya,” kata Khalid.
Laporan sebelum ini menyebut Tourism Selangor telah menerima surat tunjuk sebab daripada Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelancongan, Elizabeth Wong.
Khalid menambah, persoalan Wong secara peribadi meminta maaf ataupun dipertanggungjawabkan tidak timbul sama sekali.
Khamis lalu, Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis Festival Lagu Islam atas sebab-sebab peribadi.
Istana Negara berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.
“Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat,” kata kenyataan itu.

0 Komen pengunjong :