Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Malott 'budak jahat curi telur ayam'

Bukan sahaja mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan John Malott sebagai bodoh dan tolol, Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali terus menyerang bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia itu.

Menurut Ibrahim, Malott telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak memahami bahasa Inggeris.


"Respons John Mallot pagi ini terhadap jawapan saya kepadanya tak intelek langsung. Macam budak jahat kena tangkap curi telur ayam.

"Sekarang orang Amerika dan seluruh dunia sedang ketawakan dia," kata Ibrahim (kanan) yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam satu komentar di Malaysiakini hari ini, Mallot berkata beliau tidak menyalahkan Ibrahim yang menuduh beliau "tolol" dan "bodoh" kerana menyifatkan PERKASA sebagai kumpulan militan.

Katanya, ia berpunca apabila Ibrahim tidak boleh membezakan antara kata sifat dengan kata nama dalam bahasa Inggeris.

Mempertahankan label yang diberikannya, Mallot berkata beliau menggunakan perkataan 'militan' sebagai kata sifat - yang membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan' dan Ibrahim patut menerimanya sebagai pujian.

Jelasnya apabila 'militan' digunakan sebagai kata sifat, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Dalam satu kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim juga menolak campurtangannya dalam urusan NGO dan politik negara ini.

"Malaysia sudah merdeka sejak (tahun) 1957. Anak-anak Malaysia sudah tahu mengemudikan negara ini," katanya.

"Masalah di Amerika (sendiri) begitu banyak. (Sila) Komen dan selesai masalah di negara sendiri.

"Campur urusan negara orang adalah biadap dan kurang ajar, Mallot."

0 Komen pengunjong :