Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Malaysia Di Tempat ke-37 Bukti Gesaan PR Benar

26 Ogos - Penyenaraian Malaysia di tempat ke-37 dalam senarai Negara terbaik majalah antarabangsa Newsweek mengesahkan hujah Pakatan Rakyat bahawa urustadbir negara pincang dengan rasuah, penyelewengan dan pemusatan kemewahan Negara di tangan golongan elit.
Pakatan Rakyat berkata sekiranya kerajaan Malaysia mempunyai iltizam politik yang kuat untuk melaksanakan reformasi sistem politik Negara, tentu sekali Malaysia akan berada ditempat yang lebih tinggi dari Singapura mahupun Israel.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mendakwa Pakatan Rakyat telah berbohong kerana majalah antarabangsa itu sudi menyenaraikan Malaysia dalam tinjauan mereka.
Newsweek dalam satu tinjauan meletakkan Malaysia dibawah kedudukan Singapura yang berada di tempat ke 20 dan Israel di tempat ke 22.
Kedudukan itu menunjukkan terlalu banyak perubahan yang perlu dilakukan di Negara ini, kerana Singapura lebih kehadapan walau tidak mempunyai sumber asli, manakala rejim Zionis-Tel Aviv sentiasa dihimpit peperangan dan dimusuhi lebih 1 bilion umat Islam di dunia ini.
Azan berkata, angka-angka itu dipetik dari badan lain bukan dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan Malaysia bukan  sahaja tidak mengambil inisiatif untuk memeperbaiki tuduhan tersebut malah metuduh Pakatan Rakyat berbohong.
Menurut Azan lagi, Awang Adek sepatutnya tak perlu berpolitik sangat kerana akhirnya nanti rakyat akan melihat tidak ada satu pempimn Umno boleh dipercayai kerana memberi gambaran salah dan menuduh orang lain berbohong dan perkara tersebut memalukan.
Beliau juga turut menyifatkan kenyataan pemimpin Awang Adek hanya menunjukkan Umno-BN mahu mengelabui pandangan rakyat.

0 Komen pengunjong :