Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, bekas CEO Pempena didakwa

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab yang tahun lalu bebas daripada tuduhan rasuah, hari ini didakwa melakukan kesalahan jenayah pecah amanah melibatkan RM888,000. Mirza dituduh bersama bekas ketua pegawai eksekutif Pempena Sdn Bhd Mohammad Rosly Selamat.
Kedua-dua mereka tidak mengaku salah dan minta dibicarakan ketika kes dibawa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azizah Mahmud.
Pagi tadi, Rosly juga dihadapkan di Mahkamah Sesyen berhubung tuduhan jenayah pecah amanah.
Dia bersama bekas ketua pengawal kewangan Pempena Lim Khing Tai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan RM169,770, empat tahun lalu.
Rosly, 56, didakwa melakukan kesalahan iaitu dengan curangnya menggunakan wang yang diamanahkan kepadanya untuk membayar kepada Ummi Hafilda li melalui empat keping cek Bumiputra Commerce Berhad.
Pempena adalah Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Tourism Malaysia.
Hari ini, Mirza diwakili oleh Shasi Menon manakala peguam bela Rejinder Singh Dhaliwal mewakili Rosly.
Mirza dan Rosly dituduh meluluskan bayaran pembinaan Restaurant Malaysia Dubai di Dubai meskipun syarat-syaratnya tidak dipenuhi.
Mereka didakwa memasukkan duit ke dalam akaun LCL Interior LCL Dubai pada 27 Februari 2007.
Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin RM30,000 ke atas Mirza dan RM50,000 terhadap Rosly.
Kes itu akan disebut semula 6 September ini.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan dan denda.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Mirza daripada tuduhan rasuah pada 21 Mei lalu.
Pada 24 Julai 2009, Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin melepas dan membebaskan Mirza daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 lima tahun lalu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mirza didakwa bersetuju menerima tanpa balasan, rawatan pergigian itu yang bayarannya dijelaskan oleh pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Zulhisyam Ayob, walaupun mengetahui bahawa syarikat itu mempunyai hubungan dengan fungsi rasmi beliau sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan ketika itu.

0 Komen pengunjong :