Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kamera tersembunyi dijumpai di pejabat MB S'gor

Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan penemuan alat perakam video di pejabatnya jam 6.00 petang semalam.
Menurut Khalid, kamera itu dijumpai di belakang langsir di ibu pejabatnya yang terletak di tingkat 21, bangunan SUK dan berjaya dikesan selepas beberapa kali mendengar bunyi ‘bips’ kerana kadar baterinya lemah.
Beliau lalu mengarahkan agar kawalan keselamatan di bangunan SUK diperketatkan ekoran penemuan kamera tersebut.
Menurut sumber dalaman SUK, pihaknya turut menemui monitor dan charger yang diletakkan di kedudukan yang sama dengan kamera yang dijumpai itu.
Perakam tersebut merupakan jenama Fuji dari Jepun.
FMT difahamkan bahawa pejabat pentadbiran di pejabat Menteri Besar, boleh akses terus ke pejabat beliau.
Siasat sendiri
Khalid berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sendiri namun masih menimbang untuk membuat laporan polis.
"Saya sedar mengenai hal ini pukul 6.00 petang semalam. Pihak keselamatan juga tidak tahu siapa yang meletakkan gajet tersebut.
"Sekarang kita akan proses CCTV sendiri untuk dapatkan maklumat itu sebab kita tidak buat apa-apa laporan kepada pihak polis," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai bila ia mula dipasang dipejabatnya, Khalid menjelaskan bahawa beliau tidak pasti mengenainya.
"Saya tidak pasti sejak bila, tapi apa yang saya lihat ia mula direkod sejak semalam. Saya tengah pantau segala wiring dan sistem, CCTV dan keseluruhan tempat.
"Selepas kita buat penilaian, kita akan serahkan kepada polis…sekurang-kurangnya seminggu untuk itu," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata perkara itu didedahkan selepas bercakap mengenainya dalam mesyuarat exco petang tadi.
"Saya turut cakap mengenai hal ini dalam mesyuarat exco untuk mengetahui sama ada sebarang sistem ini wujud di pejabat saya. Mereka (exco-exco) kata tidak.
"Maka saya dedahkan perkara ini," katanya.

0 Komen pengunjong :