Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Halang Bukan Islam, Perkasa Usah Memandai-Mandai

SHAH ALAM 31 Ogos: Pengerusi Seketariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ustaz Ghani Shamsudin meminta Perkasa tidak sesekali mencabar kewibawaan dan kepakaran alim ulama dalam mentafsir kandungan al-Quran.

Cadangan Datuk Ibrahim Ali sebelum ini dianggap boleh menimbulkan kacau bilau dalam institusi keagamaan lantaran Presiden Perkasa itu bukan mahir dalam hal ehwal agama.

Perkasa semalam mencadangkan supaya menggubal undang-undang menghalang golongan bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan Fatwa Majlis Kebangsaan.
Mengikut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kebangsan Malaysia atau Jakim pada Mac lalu, orang bukan Islam boleh memasuki ruang solat dengan beberapa syarat tertentu.

"Kita umat Islam mesti menghargai pandangan pakar dan alim. Ayat al-Quran - kalau kita tidak tahu tanyalah kepada mereka yang pakar. Berdasarkan ayat-ayat tersebut, kita orang islam mesti menurut serta menghargai pandangan pakar.

"Jika majlis fatwa dan ulama di dunia ini tidak pula membuat ketetapan mengharamkan bukan Islam masuk masjid, malah Rasulullah juga menjemput wakil-wakil luar negara datang ketika baginda dalam masjid, adakah Perkasa hendak mendahului dan menganggap diri mereka lebih pakar dari alim ulama?" katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Ghani berkata Ibrahim Ali seharusnya memberi tumpuan kepada isu politik dan bukannya memandai-mandai membuat tafsiran agama sedangkan beliau tidak ada kelayakan.

"Itu yang lebih penting untuk kita tanggapi kerana ia mencabar kepakaran alim ulama dan memasuki bidang kepakaran orang lain dengan mencadangkan perkara yang sangat aneh pada pandangan pakar," katanya.

Bagi beliau, kenyataan terburu-buru Presiden Perkasa itu boleh mengacau-bilau institusi keagamaan di negara ini.

"Jika Perkasa melakukan sedemikian bermakna dia meruntuhkan kaedah yang  diasaskan pakar sedangkan orang yang bijak pandai harus dihormati dan dihargai.
"Kalau Perkasa sudah berasa dia lebih perkasa dari segi kepakaran agama bermakna ia melampaui peranannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Ini akan mengacaubilaukan agama itu sendiri. Jadi eloklah Perkasa membuat tuntutan berlandaskan kepakaran dan tidak memandai-mandai," katanya lagi.

0 Komen pengunjong :