Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dinar: Umno Kelantan membelakangkan Mahathir

KOTA BHARU, 16 Ogos: Sikap dua pemimpin Umno Kelantan yang menentang penggunaan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli seumpama membelakangkan sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang telah menyokong sistem itu.
Sikap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein, juga turut dilihat menelan ‘ludah’ bekas presidennya yang telah menyokong penggunaan mata wang tersebut pada tahun 2001.
(Gambar: Pandangan Dr Mahathir tentang dinar tidak dihormati oleh Umno Kelantan)
Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Ahmad Fadzli  Shaari, dalam kenyataannya memberitahu, Tun Mahathir telah menyokong penggunaan Dinar dan Dirham sewaktu merasmikan syiling kijang emas pada tahun tersebut.
“Saya cukup kesal dengan sikap memperlekehkan usaha kerajaan Kelantan tersebut oleh mereka. Lebih teruk lagi apabia Mustapa menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan sebagai tindakan politik semata-mata.
“Saya juga ingin mengingatkan kepada kedua-dua pemimpin Umno ini supaya bercakap  untuk kepentingan rakyat Kelantan dan bukannya untuk kepentingan politik Umno semata-mata,” ujarnya.
Menurutnya, ia menggambarkan  pemimpin Umno Kelantan yang semakin zahir di mata rakyat yang sering menyekat program dan tuntutan untuk mereka.
Sambungnya, rakyat Kelantan masih ingat ketika isu royalti minyak ditimbulkan tahun lepas, Mustapa adalah pemimpin yang menyatakan bahawa minyak tidak ada di perairan Kelantan.
“Hari ini, beliau juga orangnya yang tanpa segan dan malu mengagihkan wang ehsan sumbangan kerajaan Pusat yang datang dari hasil carigali minyak di perairan Kelantan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mewakili Pemuda PAS Negeri mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah berjaya melancarkan mata wang syariah emas dinar dan perak dirham pada 12 Ogos  yang lalu.
Katanya, Kelantan telah menempa sejarah baru di samping menjulang kejayaan besar kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama di dalam meneroka usaha-usaha membebaskan masyarakat dari cengkaman ekonomi kapitalis.

0 Komen pengunjong :