Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Unjuran Malaysia Terkebelakang Berbanding Negara Jiran



Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar suku kedua tahun ini adalah lebih rendah dari paras suku kedua tahun lalu. Justeru itu, permintaan asing untuk keluaran Malaysia semakin menurun sejak tahun lalu.
Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun terdapat peningkatan 8.9 peratus KDNK Negara antara suku pertama dan kedua tahun ini, namun ia masih lagi ketinggalan jika dibandingkan tempoh yang sama tahun lepas.
Perkara tersebut sebenarnya perlu dibimbangi semua pihak terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana Malaysia masih kekal corot berbanding jiran terdekat Indonesia dan Singapura yang mencatatkan kemasukan pelaburan asing yang lebih baik dari Kuala Lumpur.
“Singapura umpamanya mencatat unjuran dan jangkaan sebanyak 13 peratus hingga 15 peratus manakala kita hanya sekitar 6 peratus sehingga 7 peratus sahaja untuk tahun 2010 dan catatan Indonesia juga lebih memberangsangkan” kata Anwar.
Anwar juga berkata Umno-BN ghairah melaungkan pencapaian kecil-kecilan bagi  memperindahkan imej sistem negara yang hancur dengan rasuah dan salahguna kuasa. Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan  berkata tidak ada yang boleh dibanggakan dengan unjuran yang tidak seberapa ini.-FARDILLA DIN

0 Komen pengunjong :