Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar berjaya ubah lanskap politik negara

NONE
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008."Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita," kata Kit Siang.
Beliau antara pimpinan serta jutaan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-63 kepada Ketua Umum KEADILAN itu yang disambut pada hari ini.
"Sambutan ulang tahun ke-63 Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dalam tahun yang sentimental. Setiap tahun, kita menyambutnya, termasuk ketika beliau di penjara. Saya masih ingat lagi kek yang kami hantar kepadanya, telah dihalang oleh pihak polis seolah-olah makanan tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara," kata Pengarah Stategi dan Politik KEADILAN, Tian Chua.
Tian yang juga Ahli Parlimen Batu berpendapat, untuk sebahagian rakyat Malaysia, ulangtahun Anwar Ibrahim bukanlah perkara peribadi terutamanya apabila mengenangkan pelbagai penindasan dan penganiayaan terhadap beliau sejak gerakan Reformasi tercetus 12 tahun dahulu.
"Sudah tentu kami akan maklum dengan tarikh ini dan ianya merupakan satu tanda daripada perjuangan hak asasi manusia," kata beliau.
Dalam nada yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh rejim Umno-Barisan Nasional.
"Walaupun pada usia 63 tahun kekuatan mental dan fizikal beliau masih jelas kelihatan dan usaha beliau untuk melihat wajah baru Malaysia tidak pernah pudar. Saya kagum dengan keazaman beliau menghadapi cabaran, dan yakin rakyat Malaysia tetap akan memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," ujar Mahfuz.

0 Komen pengunjong :