Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anti-ISA : Kekerasan Polis Buka Mata Rakyat

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh kesal dengan  tindakan polis yang melakukan penangkapan dan kekasaran terhadap peserta perhimpunan aman membantah ISA malam tadi.
Beliau menegaskan penahanan itu  hanya membuka mata rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa.

Semua 30 peserta kempen nyalaan lilin anti-ISA yang ditahan polis Petaling Jaya malam tadi  dibebas kira-kira jam  4.30 pagi dengan jaminan polis.
Bagaimanapun, nasib mereka, sama ada didakwa di mahkamah atau sebaliknya hanya diketahui kira-kira dua minggu lagi.

"Penahanan ini sebenarnya tidak harus berlaku . program yang kita lakukan adalah perhimpunan yang aman dan tidak ada keganasan. malah ia tidak ada aktiviti ceramah besar-besaran, cuma berkumpul berhimpun menyalakan lilin sebagai tanda kekecewaan kita terhadap ulang tahun ISA hingga tahun yang ke 50," ujar beliau.

Mencerita suasana tangkapan, beliau berkata, mereka digari  sebelum dibawa ke IPD Petaling Jaya dan  keterangan mereka diambil sehingga  sekitar 5 pagi.
Kata Syed Ibrahim, keangkuhan polis dapat  dilihat berdasarkan kecederaan  tahanan terutama di  bahagian leher dan pergelangan tangan.
"Ada beberapa yang ditahan dan dikasari. ada kecederaan di leher dan pergelangan tangan akibat dipegang dengan kuat. saya difahamkan juga ada yang dilututkan kepala dijalan, ada yang dikepakkan tangan. ini cara yang ganas sedangkan kita orang biasa yang tak bawa senjata. kita cuma ada kaki tangan dan mulut sahaja" katanya lagi.

Beliau menganggap polis sengaja bertindak keras bagi membenamkan hasrat dan keinginan rakyat untuk menghapuskan ISA.
Syed bagaimanapun yakin  rakyat tidak gentar dengan ancaman pihak berkuasa

"Jadi kita harus sama-sama mengajak masyarakat dan rakyat jangan tunduk kepada ugutan dan ancaman. kita lakukan ini untuk kebaikan dan masa depan negara kita.n jadi kita harus teruskan dengan usaha kita," kata Syed.

0 Komen pengunjong :