Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Harakahdaily/-


Kembara Jr.......... buat apa simpan orang yang ada agenda tersendiri dan agenda untuk satu-satu puak tertentu. Buang saja, nanti akan merosak dan memecah belahkan perpaduan kaum. Kalau Umno/BN betul pentingkan perpaduan kaum, dan gagasan 1Malaysia sebagaimana yang dilaungkan, mereka tidak membiarkan orang sebegini terus pegang jawatan penting ini. Kita tengok apa tindakan Umno/BN nanti.......................... 

0 Komen pengunjong :