Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Shamsul: Suara Keadilan perlu terus diterbitkan

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan bahawa akhbar mingguan Suara Keadilan perlu terus di terbitkan walaupun Umno-Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyekat kemaraan organ rasmi parti PKR itu.

keadilanshamsulMenurutnya, KDN menakutkan akhbar Suara Keadilan dengan mengugut menarik balik permit supaya dapat menutup kebenaran daripada semua pemimpin PKR yang melaksanakan tanggunjawab mereka dengan menyiarkan penyelewengan dan kejahatan Umno-BN.

"Umno-BN menggunakan KDN sebagai bantuan untuk melindungi kezaliman mereka kepada rakyat termasuklah kebenaran yang cuba disiarkan dalam Suara Keadilan.

"Saya bersama AMK yang lain akan terus mendesak agar akhbar rasmi PKR akan tetap dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Shamsul yang juga merupakan peguam kepada akhbar bakal di saman Felda sebanyak RM200 juta itu berkata, Pengarang Dzulkarnain Taib memanggil beliau untuk berbincang mengenai tindakan susulan yang sepatutnya diambil oleh akhbar berkenaan.

Dzulkarnain Taib"Saya akan melakukan perbincangan untuk membantu Suara Keadilan pada petang ini seterusnya akan menyatakan pendirian akhbar tersebut setelah selesai perbincangan.

DZulkarnain, ketika dihubungi menyatakan bahawa akhbar Suara Keadilan akur dengan  keputusan KDN tetapi inginkan penjelasan lebih lanjut daripada Ketua Setiausaha (KSU) KDN Datuk Seri Mahmood Adam berhubung surat yang telah diterima pagi ini.

"Surat itu menyatakan KDN akan menarik permit Suara Keadilan kerana gagal memberi penjelasan yang memuaskan terhadap surat tunjuk sebab KDN. Saya telah cuba menghubungi KSU hari ini tetapi beliau meminta saya menghubungi semula di sebelah petang. Kita tunggu penjelasan dari KSU dan berharap KSU dapat mempertimbangkan segera agar Suara Keadilan dapat diteruskan penerbitannya," kata beliau.

Beliau juga menyatakan KDN telah mengeluarkan arahan supaya syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd menghentikan pencetakan dengan segera berikutan arahan dari kementerian tersebut.

- FMT

0 Komen pengunjong :