Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Orang Asli Borneo tuntut hak dan keadilan

BAU: Kerajaan Malaysia dan Indonesia digesa agar menyemak semula undang-undang dan peraturan sedia ada yang mengancam hak orang asli Borneo.
Mereka juga meminta agar mengiktiraf dan menghormati hak bagi memastikan orang asli terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan negara.
Berikut merupakan resolusi yang dimeterai dalam Deklarasi Krokong semasa Persidangan Perhutanan Borneo yang dihadiri wakil daripada Sabah, Sarawak, Timur dan Barat Kalimantan.

Persidangan itu juga merupakan anjuran bersama Persatuan Sarawak Dayak Iban, Institut Sumber Borneo Malaysia, Pembangunan Daya Warisan Asli, Pascos Trust, Aliansi Masyarakat Adat Nusantara, Indonesia, dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.
Deklarasi Krokong mengingatkan kepada dua negara yang terlibat dalam menyokong dan mengamalkan Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) tentang kewajipan mereka untuk menjaga hak-hak orang asli.
Deklarasi itu menyeru agar :
  • Memastikan agar kaum orang asli dapat melibatkan diri sepenuhnya da;am polisi pembangunan, pelan, taksiran, dan pelaksanaan berkaitan dengan orang asli tertakluk kepada Kebebasan, Keutamaan, dan Maklumat Bersama (FPIC).
  • Menagguhkan projek pembangunan yang telah dikenal pasti menceroboh dan mengancam kawasan penempatan orang asli.
  • Menyemak semula kesemua undang-undang dan peraturan sedia ada yang menyekat hak dan kebebasan orang asli.
  • Menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia agar segera menghentikan dan meyiasat segala bentuk penecerobohan dan ancaman terhadap masyarakat asli. 
- FMT

0 Komen pengunjong :