Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nazri akui peruntukan ditambah, tapi nafi p'raya mengejut

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi menafikan ia menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut.

Ketika ditemui wartawan di Parlimen, beliau berkata, pertambahan peruntukan itu diberikan kerana kerajaan mempunyai lebihan dana.

"Ini kerana kita ada lebihan wang, jadi kita berilah peruntukan," katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak menyimpan wang dalam bank untuk mendapatkan faedah, tetapi membelanjakannya.

"Ia tidak masuk ke saku saya, tapi untuk pembangunan rakyat," jelas Nazri.

Berikutan terdapat 222 kawasan parlimen, maka peruntukan tambahan tersebut berjumlah RM111 juta.

Menjawab soalan, Nazri menyangkal dakwaan DAP bahawa tambahan peruntukan itu menandakan akan berlaku pilihan raya mengejut.

"Tidak, kami memberikannya setiap tahun, bukan hanya tahun ini, jadi apakah itu bermakna akan ada pilihan raya mengejut setiap tahun?" soalnya.


- Malaysiakini


Kembara Jr.......... biasanya kalau puak-puak Umno/BN mengatakan sesuatu kita kena baca terbalik. Kalau mereka kata tidak kita kena baca ya, kalau mereka kata ya kita kena baca tidak. Jadi dalam kes ini aku rasa sudah tentu pilihanraya dah dekat, kalau tidak buat apa begitu banyak peruntuk ditambahkan kekawasan pilihanraya. Sama-samalah kita tengok nanti...........

0 Komen pengunjong :