Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Dalam Negeri didesak jelaskan jumlah tahanan ISA

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak menjelaskan jumlah sebenar tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana akhbar
antarabangsa BBC melaporkan, Kumpulan Sukarelawan Berkaitan Tahanan Tanpa Bicara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Jun lalu mendedahkan seramai 1,500 orang ditahan di bawah akta zalim itu antara 2003 hingga 2007 lalu. Sedangkan, katanya lagi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop enggan mengesahkan laporan PBB yang dibangkitkannya di Dewan Rakyat, 23 Jun lalu.

"Menteri (Hishammuddin) ini kena datang jawab di Dewan Rakyat, jangan hantar timbalan menterinya saja.
“Bagaimana menteri (Abu Seman) ini boleh berkata: 'tak ada laporan polis, maka kita (kerajaan) tidak boleh buat apa-apa,' sedangkan saya baca laporan BBC ini di Dewan Rakyat," tegas beliau sambil menunjukkan salinan cetak laporan BBC tersebut di Lobi Parlimen, hari ini.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, kredibiliti Abu Seman wajar terus dipertikai apabila Bernama pada 18 Jun lalu turut melaporkan, Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri) mengaku bahawa pihaknya ada menerima laporan awal tersebut dari PBB.

"Salah satu (BBC atau Bernama) mungkin betul, saya tidak cuba mengelirukan sesiapa pun di sini," ujar beliau sambil menayangkan salinan cetak laporan Bernama itu pula.

Tegasnya, kerajaan seharusnya bersikap telus menjelaskan kepada rakyat berhubung bilangan sebenar tahanan tanpa bicara yang dizalimi oleh ISA tersebut.

- Harakahdaily

0 Komen pengunjong :