Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mansuhkan Saman Ekor Yang Membebankan Rakyat

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kerajaan digesa memansuhkan saman ekor oleh Polis DiRaja Malaysia kerana membebankan pemilik kenderaan ketika mahu memperbaharui cukai jalan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tindakan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan menghalang pemilik yang belum membayar saman ekor daripada memperbaharui cukai kenderaan hanya akan membawa masalah sosial baru.
"Kalau JPJ tak bagi, mereka ini akan mula membuat cukai jalan palsu dan memandangkan ada begitu banyak yang dihalang daripada memperbaharui cukai jalan, sudah tentu kebanyakan mereka ini terpaksa mencari alternatif lain. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan aktiviti membuat cukai jalan palsu berkembang dan menular," tegas beliau pada sidang media di parlimen Isnin lalu.
Tambah Mahfuz lagi, cara terbaik mengatasi masalah ini ialah dengan membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan mencari cara lain untuk mengutip saman ekor.
"Kerajaan Umno-BN perlu memikirkan cara lain untuk mendapatkan bayaran saman ekor kerana sekatan memperbaharui cukai jalan jelas bukan satu alternatif yang baik. Jangan kerana mahukan wang lebih, kita berdepan dengan masalah lebih banyak pemilik mendapatkan cukai jalan palsu. Akhirnya wang pun tak dapat, wang cukai jalan yang patut kerajaan dapat pun tiada," kata beliau.
Katanya, kerajaan Umno-BN patut memansuhkan terus saman ekor dan membatalkan semua tuntutan bayaran saman tersebut kerana ia merupakan satu bentuk saman yang tidak dapat dibuktikan dan tidak boleh dijustifikasikan.
"Kalau kerajaan Umno-BN boleh berbelanja berbilion untuk kapal selam yang masih tak boleh menyelam, apa salahnya korbankan sedikit untuk memenangi dan memberikan ketenangan kepada rakyat," tegas Mahfuz lagi.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :