Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy Dibidas Buat Dakwaan Bohong Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba membersihkan nama beliau yang didakwa pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai anti Yahudi semasa lawatannya ke Amerika Syarikat minggu lalu.

Pada sidang media di Parlimen hari ini Nurul Izzah turut membidas dakwaan Khairy yang mengaitkan Anwar ke Amerika dengan bertujuan melobi kembali pengaruh dan peranannya yang dilabel tercalar di mata Zionis.

Sebaliknya, beliau menjelaskan perjumpaan Ketua Umum KEADILAN itu bersama rakan-rakannya di negara barat merupakan dialog peradaban yang merupakan amalan lazim mantan Timbalan Perdana Menteri itu bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung sesuatu isu.

"Isu kita bercakap dengan negara Barat itu adalah sebahagian daripada dialog peradaban yang telah dilakukan oleh Anwar sejak beliau berada dalam kerajaan lagi sehingga sekarang. Di situ (Amerika) juga kita (Pakatan Rakyat) kemukakan bagaimana kita menolak serangan jahat rejim Zionis Israel terhadap 'Freedom Flotilla'. Tetapi malangnya, seperti biasa ruangan itu diputar belit oleh media di sini kerana mereka tak boleh mengelak daripada melaporkan hakikat bahawa kerajaan Umno-BN menggunakan khidmat Apco," kata Nurul Izzah.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat konsisten dengan pendirian menolak dan membantah sekeras-kerasnya kezaliman Zionis Israel.

"Bagi saya merekalah (Umno-BN) yang paling jelas bersekongkol menerusi bayaran  RM77 juta kepada Apco. Jadi ini merupakan serangan biasa ini sudah disebut pada 1998, apa yang konsisten dengan dialog bersama dengan semua lain," jelas beliau

Terdahulu, Khairy dalam sidang medianya memetik kandungan laporan The Washington Post yang mendakwa semasa lawatan Anwar ke Amerika Syarikat pada 23 hingga 26 Jun lalu beliau dikatakan berjumpa dengan rakan baiknya, William Cohen untuk meminta maaf berhubung kenyataannya tentang serangan Israel ke atas 'Freedom Flotilla'.


- Suara Keadilan

Kembara Jr.......... mamat ni sorang kerjanya hanya jadi tukang salak Najib. Nak beri jawatan kabinet Najib tak harap. Jadi, cukuplah dengan menyalak asalkan dapat kekal dalam pasukan Najib, biarpun salakan tu tak tentu hala.

0 Komen pengunjong :