Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KDN Ugut Pengedar Obor Keadilan

Tindakan merampas dan mengugut oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri terhadap pengedar lidah rasmi KEADILAN yang kini diterbitkan secara tidak berkala membuktikan bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional tidak ubah seperti semasa negara di zaman penjajah.
Terbitan kedua akhbar rasmi parti KEADILAN oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) 'Obor Keadilan' telah dirampas di sekitar kawasan Lembah Kelang oleh beberapa pegawai  KDN yang seterusnya melarang pekedai menjual akhbar berkenaan.
Salah seorang pengedar yang dihubungi, Yusni Mat Isa berkata pegawai KDN bertindak mengambil gambar kedai-kedai yang menjual akhbar itu dan melarang mereka menjualnya dengan alasan tidak ada permit.
"Pekedai yang sememang penyokong kuat Pakatan Rakyat, kita tidak ada masalah tetapi sesetengahnya takut kerana ada pegawai KDN yang menunggu sehingga 10 malam semata-mata untuk menunggu akhbar itu," ujar beliau.
Manakala pengedar di Wilayah Persekutuan, Georgie Ganesan Andiappan juga menyuarakan pendapat yang sama.
"Pihak KDN kata lidah rasmi KEADILAN ini tidak adak permit sama seperti organ rasmi PAS, Harakah yang juga tidak boleh dijual di tempat terbuka.
"Mereka masuk ke kedai, kemudiannya bertanya sama ada kita ada jual atau tidak?. Mereka mungkin merampas akhbar itu jika didapati kami menjualnya," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan Online.
Sabtu lalu, dalam satu ceramah perdana di Linggi, Negeri Sembilan, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  menyebabkan negara kita berada di era zaman penjajahan Inggeris seperti dulu, semua aktiviti dikongkong di halang malah berlakunya kekerasan serta penggunaan kuasa yang tanpa ada sikap bertimbang rasa.
"Serangan yang mereka lakukan melalui media dibawah telunjuk mereka setiap hari dengan pelbagai fitnah yang baru, tanpa memberi kita mempunyai ruang untuk kita mempertahankan diri ataupun membuat penjelasan," ujar Anwar lagi.

Beliau juga menyifatkan tindakan Umno-BN mengekang kebebasan media tidak berbeza dengan dasar penjajah Inggeris yang menentang segala usaha pembangkang terhadap pemerintahnya.
Akhbar rasmi KEADILAN yang tamat 30 Jun lalu, tidak diperbaharui permitnya selepas pihak KDN memberikan alasan bahawa Suara Keadilan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, tindakan itu disifatkan sebagai tekanan politik selepas Suara Keadilan menyiarkan berita 'Felda Bankrap' dalam isu terakhirnya sebelum permit akhbar itu tamat menyebabkan kerajaan Umno-BN mengugut untuk menyaman sebanyak RM 200 juta.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :