Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Perpaduan Sandiwara Umno Tutup Isu Kemiskinan Orang Melayu

Perpaduan Umno-PAS tidak akan menyelesaikan masalah pokok yang membelenggu orang Melayu sejak lebih 50 tahun pentadbiran Umno-Barisan Nasional iaitu kemiskinan dan taraf ekonomi masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
Malah menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail masalah getir yang dialami orang Melayu bukannya ketiadaan perpaduan tetapi kebobrokan dan pengkhianatan Umno terhadap kemajuan bangsa itu.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan kerja singkat ke Kumpulan Karangkraf bagi meninjau operasi syarikat yang menerbitkan akhbar Sinar Harian serta mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan berhubung beberapa isu mengenai industri pagi tadi.
Lawatan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan yang sama, pada 7 Julai lalu.
Azan memberitahu Suara Keadilan antara isu yang dibangkitkan dalam lawatan itu adalah berhubung kebimbangan Ketua Umum KEADILAN itu dengan sandiwara yang kini dimainkan oleh Umno kononnya orang Melayu memerlukan perpaduan.
"Orang Melayu sememang berada dalam keadaan yang bahaya apabila kita dapati kaum yang paling miskin, paling banyak berhutang dan taraf pendidikan rendah serta terbabit dengan masalah sosial adalah di kalangan orang Melayu.
"Bahaya ini bukan boleh diselesaikan dengan penyatuan Umno-PAS kerana masalah ini sebenarnya ditimbulkan oleh Umno dalam cara mereka mereka mengubal polisi dan corak pemerintahan.
"Adakah dengan penyatuan Umno-PAS boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu?," soal Azan.
Menurut beliau, Malaysia sebenarnya memerlukan sebuah kerajaan yang baru dan telus dan tidak mengamalkan rasuah dan bukannya perpaduan dan penyatuan antara Umno-PAS.
Kata Azan akhbar Sinar Harian dilihat berjaya menembusi pasaran di kalangan orang Melayu dan kini didakwa mengatasi akhbar arus perdana yang lain seperti Utusan Melayu dan Berita Harian di segi jumlah jualan.
Lawatan itu turut disertai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :