Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu pasir: Bekas MB Selangor penyebab utama

rama  _091209_ANGKAT SUMPAH
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Dr S. Ramakrishnan menegaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adalah penyebab utama penyelewengan isu pasir di Selangor.
Menurutnya, Umno menyerang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan mengenai isu pasir selangor tetapi tidak mengkaji dari mana timbulnya isu penyelewengan itu.
"Kroni Umno tidak mendapat kontrak secara terbuka oleh kerajaan negeri selangor menyebabkan mereka sengaja melakukan protes keterlaluan untuk mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.
"Permasalahan isu pasir yang terjadi adalah disebabkan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Dr Mohd Khir berlarutan hingga menimpa kepimpinan Khalid.
"Saya lihat mereka(Umno) sengaja mengadakan isu mengenai setiap pentadbiran negeri selangor untuk
menjadi perhatian bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang ini telah gagal melaksanakan tangungjawab,"katanya ketika sidang media di dewan rakyat  hari ini.
Ramakrishan berkata, pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang ini lebih memberangsangkan dari pentadbiran terdahulu Barisan Nasional(BN) yang menyebabkan rakyat tidak mempercayai BN.
"Kalau ingin bezakan pentadbiran dulu dan sekarang, pentadbiran sekarang jauh lebih bagus dari dari pentadbiranDr Mohd  Khir  yang memilih kroni untuk memberi kekayaan.
"Umno tidak perlu cuba memanipulasi kepimpinan  Khalid, kerana kerajaan negeri akan mampu menangani masalah isu pasir yang menjadi sumber utama BN menyerang PR.
Tambah beliau, kerajaan pusat perlu menilai tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan sewajarnya bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang timbul.
Ramakrishnan berharap agar semua pihak terutamanya Umno tidak mengadakan protes berterusan mengenai isu pasir untuk menindas kerajaan negeri Selangor dan diharap dapat memberi peluang untuk kerajaan negeri menyelesaikanya.

- FMT

Kembara Jr.......... sifat burok yang ada pada Khir Toyo, lempar batu sembunyi tangan. Segalanya masalah pasir ini bermula dari Umno/BN lagi tapi sekarang dia menyalahkan Pakatan Rakyat pulak. Tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan malah menyalahkan orang lain pulak.

0 Komen pengunjong :