Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

FDI merudum angkara pentadbiran anak beranak

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran 'anak beranak' yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi).
"Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil 'pentadbiran adik beradik' pula?" katanya.
Kenyataan dari jurucakap baru kabinet Najib itu juga, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, menunjukkan bahawa anggota-anggota kabinet serta Najib sendiri telah bankrap atau muflis idea bagaimana hendak menjanakan ekonomi Malaysia.
"Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat," katanya.
Menurutnya, memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.
"Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi," katanya.
Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

- Harakahdaily

0 Komen pengunjong :