Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BBC Selangor Sokong Kepimpinan Khalid

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Selangor sebulat suara menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menafikan cerita palsu yang dilaporkan oleh media milik Umno Barisan Nasional.

azmin khalidADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menyatakan keputusan mesyuarat Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri (BBC) sebagai reaksi terhadap Khalid selaku peneraju pentadbiran negeri ini.

Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggantikan Khalid sebelum ini disensasikan media arus perdana yang mewar-warkan cerita, kononnya PKR dihimpit krisis perpecahan. Sentimen sama turut diutarakan oleh ADUN PAS dan DAP.

ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dari PAS berkata, "kami dari kalangan ADUN dan BBC tidak pernah mempertikaikan kepimpinan Menteri Besar dan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran beliau.

ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San pula berpendapat keterbukaan PKR dalam isu pentadbiran Selangor tidak harus dilihat sebagai satu perpecahan.

"Masih ramai di luar yang belum faham dasar-dasar PKR. Walau ada perbezaan pendapat, ia tak harus dilihat sebagai perpecahan tapi harus dilihat sebagai keterbukaan PKR dalam pentadbiran negeri Selangor," kata beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor.

- FMT

Kembara Jr.......... nampaknya usaha media arus perdana tunggangan Umno/BN hendak mengucar kacirkan PR khasnya PKR Negeri Selangor tidak berhasil. Sekali lagi mereka menggigit jari setelah BBC Selangor memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Khalid. Tengoklah apa pula strategi mereka selepas ini...........

0 Komen pengunjong :