Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

RMK10 Tidak Lebih Dari Satu Retorik

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tidak lebih daripada satu senarai pengumuman yang berjumlah berbilion ringgit, kata Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ianya tiada beza dengan rancangan Malaysia sebelumnya walaupun ekonomi negara kini sedang berada di persimpangan jalan, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, rancangan ekonomi yang membabitkan perbelanjaan RM260 bilion itu sepatutnya bukan sahaja memulihkan kelembapan ekonomi, tetapi juga sepatutnya mampu menggerakkan ekonomi keluar daripada kebuntuan yang dialami sejak lebih satu dekad.

Menurut Anwar, “semua strategi inklusif” telah gagal untuk memberi keyakinan kepada pasaran saham, yang ditutup hanya 0.1 peratus atau 1,231 mata pada hari Khamis walaupun “nafas baru” digembar-gembur dalam RMK10.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan RMK10 di Dewan Rakyat minggu lalu dan ia mendapatkan ulasan yang bercampur-campur dari para pengkritik dan penganalisis.
Anwar berkata, kerajaan selalu membuat lunjuran berlebihan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :