Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penyokong Pas Kaum India Ibarat Tok Guru Nik Aziz seperti Ghandi

Kaum India yang menyokong PAS menyifatkan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki peribadi seperti Mahatma Gandhi yang sentiasa disenangi rakyat.
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K. Deepakaran berkata, kebanyakkan orang India beranggapan Nik Abdul Aziz sama seperti Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dalam mendekatkan diri dengan rakyat.

Malah cara pemakaiaan Menteri Besar kelantan itu yang masih tidak berubah sejak menerajui pemerintahan negeri pada tahun 1990 turut menjadi tarikan. "Biarpun sudah 20 tahun memerintah Kelantan, cara pemakaian dia tetap sama dengan serban dan jubah... tidak ada perubahan.

"Kalau sebelum ini kita lihat mana-mana Ahli Parlimen ataupun Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru dipilih, dalam dua, tiga bulan sudah tukar pakaian mereka dengan bergaya... tapi bukan Nik Aziz," katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.
Menurut Deepakaran, sikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum yang diamalkan Nik Abdul Aziz dalam pemerintahannya telah menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati PAS.
Katanya lagi, kaum India yang menyokong parti itu hari ini tertarik setelah datang sendiri ke Kelantan yang menjadi nadikekuatan PAS. "Saya sendiri kagum dengan perjuangan Islam yang tidak membezakan kaum dan membenarkan kaum lain mengamalkan agama mereka," katanya.

Terdahulu semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden, Deepakaran meminta supaya PAS memberikan ruang kepada penyokong bukan Islam agar mereka dapat sama-sama memberi sumbangan kepada parti itu.
"Kami harapkan agar diberikan ruang yang luas kepada DHPP untuk bergerak dalam PAS dan mengembangkan parti ini.

"Sebagai sayap baru PAS, kami akan sama-sama memainkan peranan yang sebaik mungkin," katanya.
Dalam ucapannya beliau turut mengusulkan agar DHPP dipilih untuk menganggotai jawatanketua penghulu, JawatankuasaKeselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, pemilihan ahli DHPP untuk kawasan penduduk bukan Islam merupakan strategi untuk mengelakkan tindakan sabotaj jika kerajaan negeri memilih secara rawak pemimpin berkenaan kerana ahli DHPP perlu melalui tapisan sendiri yang komited kepada PAS.

- Mstar


Kembara Jr.......... Bangsa dan agama lain boleh menilai betapa hebat dan tingginya keperibadian Tuan Guru Nik Aziz pada pandangan mereka, tapi sayang ada sebahagian daripada kita orang Melayu yang beragama Islam buta dalam menilai semua ini. Maka tak hairanlah Tuan Guru Nik Aziz difitnah dengan pelbagai fitnah bagi menjatuhkannya. Puncanya apa? tidak lain dan tak bukan ialah dengki dan iri hati, satu sifat yang tidak boleh lari daripada kebanyakan daripada kita.

Namun bagi Tuan Guru Nik Aziz itu semua adalah dugaan dan cabarannya sebagai seorang pemimpin yang mana harus ditempohi selagi menjadi seorang pemimpin.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :