Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Besar Kelantan Tak Akan Hadhir Fiesta Kelantan

KOTA BARU,  16 Jun – Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan.

– Bernama


Kembara Jr.......... Lain kali kalau kerumah orang jangan lah buat tak tahu adat pulak. Berilah salam dan ajaklah tuan rumah sekali kalau nak buat apa-apa. Jangan memandai-mandai buat macam rumah sendiri. Tak kan itu pun Perdana Menteri 1Malaysia pun tak tahu.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :