Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes Liwat ll : Tanggoh, Tunggu Pakar Australia

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Khamis ini dengan pakar forensik perubatan dari Australia hadir sebagai saksi pembela. Pakar forensik tersebut, Dr David Wells dijangka akan tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini.

Menurut peguam Karpal Singh, Dr David Wells dibawa ke Kuala Lumpur bagi tujuan meneliti pengakuan yang akan dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur terhadap pemeriksaan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah menangguhkan perbicaraan hari ini selepas dimulakan dengan melawat lokasi kejadian di Desa Damansara pagi tadi.

Bagaimanapun dalam perbicaraan yang berlangsung sebelah pagi, pihak pembela didakwa gagal melawat unit kondominium, tempat dimana didakwa berlakunya liwat seperti yang mereka pohon, sebaliknya hanya dibawa ke sebuah unit yang sama pernah dilawati awal Februari lalu.

Kembara Jr ..... Selain kebolehan dan kemampuan yang sedia ada dipehak pembela, semoga dengan bantuan pakar forensik Australia ini akan menyerlahkan lagi liwat ll ini adalah rancangan pehak tertentu ingin menyekat kemaraan politik Anwar. Biarlah teserlah liwat ll ini hanya rancangan kotor pehak tertentu yang tidak mahu melihat Anwar berjaya dalam politiknya. Semoga tuhan akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti.

..... Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :