Hj.Hadi : Kenakan Tindakkan Tegas Keatas Israel

Presiden PAS, Tuan Hj.Hadi mahu tindakan lebeh serious dikenakan keatas rejim zionis Israel ekoran serangan yang dilakukan keatas kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam. Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kaedah baru yang lebeh berkesan perlu difikir oleh masyarakat dunia  untuk berterusan memberi tekanan kepada rejim tersebut yang nyata sudah tidak lagi menghormati meja rundingan. Puluhan resolusi yang telah dicapai di peringkat antarabangsa ternyata gagal menghalang regim Zionis Israel dari  berleluasa bertindak kejam

Tegas beliau Malaysia perlu mendahului tindakan tersebut dengan mengambil tindakan proaktif dan segera bagi membawa isu ini ke Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan PBB.

Kata Hj.Hadi, serangan tersebut memperlihatkan wajah sebenar kejahatan rejim zionis Israel yang tidak pernah menghiraukan sebarang kutukan  antarabangsa meski pun kecaman dari Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri. Sehubungan itu, PAS mengutuk keras tindakan tersebut dan mahu Israel segara diberi pengajaran oleh masyarakat dunia.

Kembara Jr ..... Kecaman, kutukan dan bermacam-macam kaedah telah dikenakan terhadap negara Iseael ini namun baginya seolah-olah peduli apa pada orang lain, kita buat apa kita rasa nak buat. Sebab itulah mereka terus mengganas dan mengganas. Mereka semakin angkoh dengan kehebatannya. 

Oleh itu kerana kita sedar kemampuan diri kita sendiri, hanyalah satu yang dapat kita buat, tadah tangan dan pohonkan agar Allah memberi balasan setimpal kepada mereka yang zalim ini. Amin.........

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :