Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim. 

“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.

Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.

Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik  bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam. Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendesak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.

Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.
“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM,” tegasnya.

Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).


Kembara Jr.......... Kalau nak dedah jangan ambil masa yang lama datuk, nanti rakyat tak percaya dan ditudoh pembohong pulak. Kalau ada peluang dedah saja. Biarlah rakyat sendiri menilainya nanti.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn 

0 Komen pengunjong :