
Disahkan 12 rakyat Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara, yang mengepalai flotilla keamaan ke Gaza semasa diserang tentera Israel awal pagi hari ini. Mereka adalah sebahagian daripada misi Talian Hayat untuk Gaza, yang membawa 10,000 tan bantuan keamanan ke Semenanjung Gaza. Gaza sebelum ini telah dikenakan sekatan ekonomi oleh Israel. Jemaah Islamiah Malaysia dan Yayasan Amal adalah diantara enam lagi badan bukan kerajaan Malaysia yang turut menyertai konvoi ini.
Awal hari ini, unit khas Tentera Laut Israel menyerbu Mavi Marmara dan membunuh sekurang-kurangnya 19 aktivis keamanan. Regim Tel Aviv berikrar untuk berbuat apa-sahaja untuk menghalang konvoi berisi bantuan kemanusiaan ini dari tiba ke pantai Gaza. Agensi berita antarabangsa turut melaporkan serangan tiga kapal pengangkut dan tiga kapal kargo ini berlaku di perairan antarabangsa.
Buat masa ini mereka yang terbunuh masih belum dikenalpasti, begitu juga dengan nasib dua wartawan Astro Awani, kerana Tentera Israel menyekat semua bentuk perhubungan sekitar operasi ini.
Kembara Jr ..... Lihatlah betapa zalim dan kejamnya puak-puak Yahudi Israel ini. Seboleh-bolehnya mereka ingin membunoh semua orang Islam dibumi Allah ini.Yang menghairankan di Malaysia ini masih lagi ada yang bersekongkol dan lena dalam pelokan puak Yahudi ini. Apakah mereka ini ingin menjadikan Malaysia sama seperti Israel???? Fikirlah wahai bangsa ku !!!!!!!
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :