Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Keterangan Doktor Bercanggah

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa sekali lagi berlaku percanggahan besar dalam keterangan saksi berhubung perbicaraan liwat yang membabitkan dirinya yang berlangsung hari ini.

Percanggahan yang dimaksudkan adalah berkaitan laporan perubatan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim, saksi kedua, dengan keterangannya hari ini. Dr. Mohd Razali memberi keterangan bahawa setelah merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, beliau merumuskan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar di dubur pengadu Mohd Saiful.

Menurut Anwar, dalam laporan perubatan sebelum ini, Razali menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.

Kata Anwar kepada media di luar mahkamah hari ini bahawa percanggahan besar berlaku, mereka akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan laporan tidak ada tembusan, sekarang bawa kajian makmal merumuskan ada penembusan.

Pihak pembelaan hari ini membawa pakar forensik, Dr David Wells dari Australia bagi meneliti laporan perubatan dan pengakuan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat. Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Di sebut juga ada mani tetapi tidak disebut mani siapa, berapa DNA yang didapati. Pertama kali selepas dua tahun, baru dapat keterangan ada sampel itu disimpan. Sebelum ini laporan bertulis daripada polis, tiada sampel, kata Anwar lagi. Anwar juga memberitahu pihaknya memerlukan sedikit masa untuk pakar forensik Australia tersebut membuat penelitian terhadap laporan setakat yang diperolehi sehingga hari ini.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan ke jam 9 pagi esok selepas membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.

Kembara Jr ..... Semakin lama semakin menampakkan ketempangan mahkamah membicarakan kes liwat ll  ini. Almaklumlah skripnya di buat tetapi pelakunnya tidak dapat mengingati dengan jelas dailog yang sepatutnya diperkatakan. Maka keluarlah dailog-dailog yang lari dari skrip asal. Jadi lah caca marba dan tempanglah jalan cerita cerita tersebut. Sakit mata melihat, sakit hati mendengarnya .............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :