Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Ahli Parlimen BN tak Layak Anggotai Kabinet Najib

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bertambah ramai senator dalam kabinet baru bermakna yang ahli parlimen BN, termasuklah ahli-ahli Parlimen kanan tidak berkelayakan bagi Najib untuk dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet barunya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri bertanding mengantikan Ahli Parlimen yang Najib rasa tak layak bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

Pada masa yang sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal keputusan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau. Perlantikan tersebut,  langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat, kerana menurut beliau, pemilihan senator dibuat oleh Najib berasaskan kepentingannya bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Kata Penasihat DAP itu lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia. BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu hanyalah semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Perlantikan tersebut sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.


Kembara Jr ..... Pertama boleh dirumuskan bahawa rombakan kecil kabinet Najib adalah untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap BN, khususnya kaum Cina. Ini dapat dibuktikan lebeh ramai kaum Cina dilantik dalam rombakan ini.

Keduanya ialah Najib tidak mempunyai keyakinan terhadap Ahli Parlimennya sendiri, ini dapat dilihat kebanyakkan yand dilantik ke kabinetnya kali ini ialah dari kalangan Senator.

Terakhirnya Najib masih tidak mempunyai kepercayaan penoh terhadap golongan muda. Ini terbukti dengan penguguran Razali Ibrahim wakil pemuda Umno digantikan dengan orang lain. Begitu juga Ketua Pemuda, Khairi masih lagi tidak dapat diterima lagi oleh Najib.

Demi mencapai cita-citanya untuk menarik sokongan kaum Cina, Najib sanggup korbankan beberapa kerat Ahli Parlimen Umno yang berkelayakan untuk menganggotai kabinetnya. Macammana perasaan sahabat kita dalam Umno tu aku tak tau lah. Sabarlah ye!!! terima aje lah. The boss is always right...........

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :