Apabila diaju komen, ulasan atau pandangannya tentang lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir ini bercerita pasal lompat parti di Kedah pula. Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah menyatakan jika ada Adun dari PR yang melompat keluar dari parti adalah kerana Adun berkenaan tidak mahu menipu rakyat, katanya.
Telah dibuktikan dengan jelas tiada sebarang niat Adun-Adun dari PR yang ingin melompat parti di Kedah, oleh itu usahlah Jamil Khir bersusah payah untuk membicara lagi soal issue berkenaan. Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab urusan agama Islam terlebih dahulu peka dan sensitif dengan isu lesen judi bola sepak yang iluluskan. Beliaulah orang pertama sepatutnya membantah kelulusan lesen berkenaan.
Tidak hairanlah jika bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera ini tidak mampu untuk bersuara membela agama di dalam kabinet Najib kerana semasa beliau menjadi Pengarah KAGAT di dalam ATM, satu organisasi kecil, beliau gagal melahirkan warga tentera yang mempunyai kemantapan iman yang kuat.
Kembara Jr ..... Tahap universiti mana Jamil Khir ni belajar? Lain soalan yang ditanya lain pulak yang dijawab. Kalau zaman-zaman sekolah dulu dah sah tak lulus sebab jawapan lari dari tajuk...Malang, sungguh malang Malaysia kerana mempunyai menteri sebegini bangan, lagi pulak jaga bahagian agama pulak tu.cuma yang dia tau mengapu Najib saja, Lingkup, lingkup kalau macam ini .........Lebeh memalukan lagi ialah, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Menteri yang menjaga agama tiba-tiba lesen judi bola sepak diluluskan. Tidakkah beliau merasa tercabar ?? Kenapa Jamil Khir membisu seribu bahasa dalam kes judi ni? Kan nanti betul-betul bisu baru tau!!!!!!
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
0 Komen pengunjong :