
ira-kira 300 petani yang menghadapi masalah berikutan kenaikan harga benih padi, mengadakan demontrasi di depan kilang Beras Padi Nasional (Bernas), Sekinchan di sini, pagi ini. Demonstrasi itu juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh Omar meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa menyeleweng kuota benih padi.
Datuk Seri Noh Omar yang didakwa terlibat dalam menetapkan kuota kepada dua syarikat kroninya dianggap sebagai punca berlakunya kenaikan harga benih padi itu. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim berkata, harga padi musim ini merosot mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan. Katanya lagi sebelum ini, dua syarikat itu diberi 5,000 tan benih padi tetapi selepas Noh menjadi menteri, mereka memperoleh 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu dihasilkan mereka hanya 5,000 ke 6,000 tan padi.
Kembara Jr ..... Puak-puak Umno/BN ni kerja dia nak menyenangkan kroni-kroninya sahaja biarpun rakyat menderita. Senang kroni maknanya kenyanglah juga dia. Itu lah tujuannya. Sedangkan yang menanggung akibat ialah rakyat.
Tindakan petani yang mengadakan demonstrasi tu aku setuju. Kita tak ada cara lain dah melainkan ini saja caranya. Mengharapkan badan-badan atau organanisasi yang sepatutnya menolong rakyat semua dah dicucuk hidung oleh Umno?BN. Jadi kita buatlah cara kita sehingga satu hari nanti Umno/BN ni sedar yang apa dia buat tu rakyat tak setuju.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
0 Komen pengunjong :