Era Pakatan Ada Permit Tapi KDN Kata Tiada Permit

Ketua pengarang akhbar Kabar Era Pakatan hari ini menyangkal kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyebut tabloid tersebut diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Mat Zahari Ali berkata permit bagi akhbar terbitan Damak Media itu diperolehi untuk akhbar dengan nama 'Kabar' bagi tempoh satu tahun bermula 28 Disember 2009.

Jelasnya, "Era Pakatan" hanya merupakan motto bagi penerbitan tersebut dan perkara ini dinyatakan dalam sepucuk surat kepada KDN pada 29 April lalu.

KDN bagaimanapun bertindak merampas sebanyak 6,108 naskah akhbar tersebut, berdasarkan aduan awam dan laporan polis. Mat Zahari bagaimanapun tidak yakin dengan alasan tersebut dan mendakwa tindakan rampasan itu dibuat atas "arahan pihak atasan."

Kembara Jr ..... Ini semua kerja Najib. Kementerian Dalam Negeri jalankan tugas setelah mendapat arahan boss nya saja. Tak da permit tu alasan reka cipta saja, kalau tak da masakan penerbit berani keluarkan akhbar tu.

Takutkan  rakyat mendapat maklumat yang betul dan tepat surat khabar yang jadi mangsa. Tengoklah betapa zalimnya sehingga kita rakyat tidak diberi peluang untuk mendapatkan maklumat dan berita mengikut kehendak rakyat sendiri sehingga akhbar-akhbar yang menjadi pilihan rakyat pun dirampas. Apalah bangan punya kerajaan, bukannya menyenangkan rakyat tetapi lebeh menyusahkan......

.....Lawannn.....Tetapppppp....Lawannnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :