Nik Aziz : Umno Beli Undi Macam Beli Ayam Itik

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegagalan BN mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam adalah disebabkan rakyat sudah terlalu mual dan jemu dengan amalan politik wang yang diamalkan Umno-BN.
Daripada amalan politik tersebut Datuk Nik Abdul Aziz mengandaikan Umno/BN menyamakan rakyat dengan ayam dan itek. Ini kerana ayam dan itek boleh dibeli, jika rakyat pun ingin dibeli ( Janji-janji pilihan raya ) maka taraf rakyat samalah dengan ayam dan itek.

Oleh itu, Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli dengan janji-janji dan wang ringgit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen di Rejang Park berjanji jika BN menang pilihan raya Sibu kerajaan pusat akan memperuntukkan dana, antaranya RM5 juta untuk mengatasi masalah banjir disitu.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir dengan kejayaan Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas dengan majoriti 398 undi. Narawi hilang wang pertaruhan.

Kembara Jr ..... Untuk memenangi mana-mana pilihan raya BN akan menabur wang sewenang-wenangnya.Tak kira berapa habis janji menang pilihan raya. Tetapi tidakkah BN sedar bahawa wang yang ditabur itu adalah duit rakyat. Sepatutnya duit itu disalurkan kepada rakyat yang lebeh memerlukannya. Aku rasa kalau pemimpin-pemimpin BN tu handal-handal lebeh baik dia gunakan duit itu untuk kepenting rakyat. Dengan cara ini rakyat akan lebeh dekat dengan BN. Tapi dah kerana pemimpin-pemimpin BN tu tak cerdik itu lah jadinya. Tabur duit bila ada pilihan raya sahaja. Rakyat semua dah cerdik, bagi dia ambil tapi bila undi pangkah Pakatan Rakyat.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :