Najib Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

Ahli Parlimen Gelugor yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembelian undi pada pilihan raya kecil parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Menurut Karpal lagi perbuatan tersebut jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, Perdana Menteri Datuk Sri Najib boleh dihumban ke penjara jika sabit kesalahan.

Karpal merujuk kepada janji Najib ketika berkempen dimajlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi, bahawa kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.


Kembara Jr ..... Najib fikir dia Perdana Menteri 1Malaysia, sebab itulah dia buat apa saja dia nak buat hatta melanggar undang-undang sekali pun. Dia tahu tak ada orang akan dakwa dia. Polis dan mahkamah dia yang kawal, jadi siapa lagi yang nak dakwa dia ?
Betullah apa yang difikir Najib tu tapi satu saja wahai PM, hidup kita tak selama-lamanya diatas dan dipuja sepanjang masa. Satu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga. Ketika itu baru sedar langgit tinggi atau rendah. Jadi, ingat-ingatlah wahai PM 1Malaysia.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :