Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mohd. Fauzi TNC baru UPM

21/05/2010 6:31pm

KUALA LUMPUR — Pengarah di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM).
UPM dalam satu kenyataan berkata pelantikan bagi tempoh tiga tahun itu berkuatkuasa 16 Mei.
Mohd Fauzi, lulusan doktor falsafah dari University of York, United Kingdom, pernah menjadi Profesor Madya di Jabatan Sains Pertanian dan turut menganggotai Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Utara Malaysia dan Ahli Ganti LPU Universiti Kebangsaan Malaysia.
Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah berkata pelantikan Fauzi akan dapat mendukung matlamat universiti untuk melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing serta memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.
Katanya Fauzi yang berpengalaman luas dalam pentadbiran hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar di kementerian boleh menyumbang idea serta membentuk perancangan strategik selari dengan matlamat dan wawasan UPM. - Bernama

Kembar Jr .....Tahniah diatas perlantikan. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi memartabatkan anak bangsa kita. Gunakanlah ilmu pengentahuan dan pengalaman yang ada demi mencapai tujuan tersebut. Disamping usahakanlah menaikkan tarah universiti kita ketahap yang boleh dibanggakan. Insyaallah akan berjaya.

0 Komen pengunjong :