Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sudahlah, Yang Mati Tak Akan Hidup Lagi Di Bumi Ini

Seorang guru pondok, Abdullah Sa’amah dari Kelantan mendesak pihak berkuasa agama memandang serius terhadap kepercayaan kumpulan Al Arqam bahawa Ashaari masih hidup dan berada di Gua Ashabul Kahfi.

Katanya lagi masih ada di kalangan masyarakat Islam kita berpegang kepada amalan kepercayaan karut yang boleh mensyirikkan akidah sebagai seorang Islam. Beliau mengulas dakwaan bekas seorang pengikut kumpulan itu, dikenali sebagai Abu Ubaidah yang mendedahkan ada menerima mesej (SMS) daripada orang yang paling rapat dengan bekas pemimpin al-Arqam, mengatakan pemimpin itu kini berada di Gua Ashabul Kahfi.
SMS berkenaan berbunyi: “Abuya tak mati. Kalau kuburnya dibongkar sekarang mayat Abuya tak ada. Abuya sekarang ada di Gua Ashabul Kahfi. Dia akan bangun berjuang bila nak daulah nanti. Tunggulah arahan-arahan Abuya yang akan disampaikan kepada umum dari masa ke masa. Abuya... dikatakan tak mengembuskan nafas terakhir. Dia masih hidup...”

Abuya adalah panggilan mesra kepada Ashaari oleh pengikutnya yang meninggal dunia 13 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

Kembara Jr ..... Kenapakah masih ada lagi di kalangan masyarakat Islam kita berpegang kepada amalan karut yang boleh mensyirikkan akidah sebagai seorang Islam. Sebagai seorang Islam kita semua menyedari bahawa semua yang mati tidak akan kembali lagi ke muka bumi ini kecuali dihari akhirat kelak.

Ingatlah, setinggi mana sekali darjat Ashaari sebagaimana didakwa pengikutnya, tinggi lagi darjat Nabi Muhammad s.a.w.tetapi nabi tidak hidup kembali pun setelah wafat. Jadi ambil lah iktibar dari sini.

Wahai saudara-saudara ku, jauhilah amalan yang merosakkan akidah kita ini. Ingatlah yang mati tetap akan mati dan tidak akan kembali lagi. Tunggulah giliran kita pula nanti..............

0 Komen pengunjong :