Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.
Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.
Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.
"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.
"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.
Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.
Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.
"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.
"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.
"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.
Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

** Sumber: Malaysiakini
Kembara Jr ..... Dia ingat duit mak bapak dia ke senang-senang dia seleweng duit sebanyak itu. Kita rakyat lah yang berhempas pulas membayar cukai tetapi dia senang-senang perhabis kan tanpa sebarang faedah kepada rakyat. Bayangkan lah RM100 bilion, berapa banyak projek pembangunan dapat dibuat untuk manafaat rakyat.
Aku pasti tempoh hari tu pasal tu lah dia reject Datuk Sri Anwar cepat-cepat, dia takut perbuatannya terbongkar. Perkara tak elok ni tak usah sembunyilah . Lambat laung akan pecah juga.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
0 Komen pengunjong :