
Semalam Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada PRK Sibu semasa berkempen pada satu majlis di Rejang Park Sabtu lalu.
Dalam ucapan beliau, Najib dikatakan menjanjikan RM5 juta bantuan kerajaan pusat untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang PRK Sibu.
Kata Karpal, ini adalah perlakuan amat serius yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri dan beliau boleh didakwa Seksyen 10 (1)(B) dan Seksyen 11 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa denda RM2,000 dan penjara tidak kurang daripada dua tahun.
Kembara Jr .....Najib fikir dia Perdana Menteri 1Malaysia, sebab itulah dia buat apa saja dia nak buat hatta melanggar undang-undang sekali pun. Dia tahu tak ada orang akan dakwa dia. Polis dan mahkamah dia yang kawal, jadi siapa lagi yang nak dakwa dia ?
Najib tu Perdana Menteri tetapi dia tak sedar perbuatannya melanggar peraturan dan undang-undang itu tak ubah seperti seorang cowboy. Dia lanyak saja apa dia nak buat tanpa mempedulikan peraturan dan undang.
Kalau begini amatlah malang kita mempunyai Perdana Menteri yang kelakuan dan tindak tanduknya boleh disamakan dengan cowboy.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
0 Komen pengunjong :