Saya pernah beberapa kali menjadi panel temuduga mengisi jawatan kosong. Saya ingin menceritakan beberapa kelemahan mereka yang menghadiri temuduga dan sedikit sebanyak yang saya termampu cara mengatasinya.
Apa yang saya lihat dan perhatikan semasa menemuduga mereka ialah ketidaksediaan mereka ketika di temuduga. Ada diantara mereka saya dapati ialah gugup ketika menjawab soalan, tidak dapat menghuraikan sesuatu dengan jelas ketika diminta, tidak dapat menjawab soalan dengan jelas dan sebagainya.
Dibawah beberapa panduan yang dapat saya berikan untuk mengatasi masalah tersebut. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang akan menghadiri temuduga nanti :-
1- Fahami terlebeh dahulu soalan yang ditanya oleh panel penemuduga. Jika anda faham dengan soalan tersebut dan yakin dengan jawapannya sudah tentu tidak ada lagi perasaan gugup atau gementar ketika menjawabnya. Jika tidak jelas dengan soalan tersebut jangan segan minta diulang soalan itu.
2- Jika diminta menghuraikan sesuatu, anda huraikan seberapa boleh yang anda dapat dihuraikan. Jangan sampai panel temuduga terpaksa bertanyakan satu persatu kerana ketidakcukupan huraian anda.
3- Ketika berhadapan panel temuduga duduklah dengan tertib dan berikanlah salam sebelum masuk dan juga duduk setelah dipersilakan.. Sekurangnya perwatakan anda dapat dinilai dari tingkah laku ini.
4- Apabila panel temuduga berikan peluang kepada anda bertanyakan sesuatu, saya harap ambillah peluang ini untuk bertanya. Tanyalahlah sesuatu tentang kerja yang anda pohon. Inilah satu-satunya cara menyakinkan panel penemuduga bahawa anda benar-benar berminat dengan kerja yang anda minta.
5- Buatlah kerja rumah sebelum datang temuduga. Cuba cari maklumat-maklumat mengenai kerja, syarikat tempat yang diminta kerja. Ini dapat membantu anda menjawab soalan apabila ditemuduga nanti.
6- Ketika menghadiri temuduga anda hendaklah sentiasa berpakaian kemas. Melalui cara berpakaian peribadi anda dapat dinilai.
Saya rasa itulah sedikit sebanyak panduan yang dapat saya berikan bagi membantu anda untuk menghadiri temuduga. Semoga anda semua berjaya nanti. Insyaallah........
saya nak mintak keja gop..hehe! =)
ReplyDelete